Monday, June 11, 2012

MELUKUT DI TEPI GANTANG

Tap,tap,tap...terdengar titisan air hujan menitik dicucuran atap.  Baru setengah jam hujan teduh, setelah curahannya bermula dari malam tadi.  Aku termenung sendirian. Ku rasakan bagikan semalam aku buaikannya, menguliknya tidur dipangkuku....Baru semalam jua rasanya bemain main dengannya, kejar mengejar tanpa penat di taman permainan. Tanpa ku sedari air mataku menitis kembali. Sanggup dia menghancurkan perasaan ku, sedangkan aku mencurahkan segala kasih sayang terhadapnya tanpa batasan.

Umi!,..Umi!...Umi!...terngiang-ngiang ditelinga ku suara halusnya yang terkeluar dari mulut mongelnya, "Qaseh nak beli ais krim...boleh dak Umi?. " Tanpa ku menoleh kearahnya, aku mengeluarkan kata-kata bagai arahan, "Tak boleh, kalau Qaseh makan ais krim, nanti sakit perut" Balas ku lembut.Ketika itu, engkau sedih. Tapi kerana aku sangat menyayangi nya, menjaganya sepenuh hati ku, walaupun nyamuk seekor tak akan ku biarkan menggigitnya. Maklumlah aku tidak mempunyai anak perempuan, dan dialah menjadi buah hati ku.Qaseh Nabila Alia, itulah nama yang ku berikan padanya.

"Kenapa Umi masih disitu, masuklah Umi, sejuk kat luar tu, usahlah Umi kenangkan lagi, Babah pun dah mengaku". Anakku Mohamad Imran Aqasa menegurku. Aku membisu seribu bahasa, tanpa memperdulikan tegurannya. "Im, biarlah Umi disini untuk seketika, Umi rasa damai bila Umi dapat memandang halaman rumah kita". Dulu dihalaman depan inilah tempat Qaseh dan Imran bermain bersama-sama. Membesar dirumah ini bersama-sama, sehinggalah masing-masing meningkat kelam remaja. Belajar hingga kePusat Pengajian Tinggi. Aku cukup bangga dengan Imran dan Qaseh, mereka cukup hormat dengan ku dan suami ku sebagai ayah dan ibu mereka. Walaupun Qaseh bukanlah lahir dari rahim ku sendiri, tapi kami berdua cukup sayang padanya, bagaikan darah daging ku sendiri . Qaseh cukup manja dengan suamiku yang dipanggil Babah. Kemana saja pergi, suamiku tetap akan bertanya kabar tentang Qaseh, dan ada saja hadiah buat Qaseh bila beliau balik.        

Qaseh,... Qaseh,.. aku mengetuk pintu biliknya sambil memanggil namanya,tetapi tiada sahutan dari dalam.Aku cuba membuka pintu, rupanya pintu tak berkunci.Rupa-rupanya Qaseh telah meninggalkan aku. Aku termanggu-manggu sendirian tak tahu apa sebabnya. Qaseh hanya meninggalkan secebis nota yang menyatakan dia telah pergi jauh, dan berpesan jangan mencarinya lagi. Kenapa ini yang harus terjadi keatas keluarga ku.


"Umi nak minum ?" Tanya Imran anakku. Aku hanya menggelengkan kepala. Sejam kemudian suamiku pulang, entah dari mana , aku pun tak tahu. Dia hanya memandang sepi pada ku, tanpa berkata sepatah pun. Aku rasa diriku sungguh kerdil. Tanpa menyapa ku, suamiku terus masuk kekamar dan mengambil pakaiannya dan...berlalu pergi begitu saja. Air mata mulai mengalir deras, tak ku sangka orang yang aku sayang, kasih dan cinta sepenuh hati sanggup melaku perkara sebegini terhadap diriku.


Aku sayangkan Qaseh  bagai anak kandung ku, tapi bukanlah ini akhirnya yang ku harapkan.Sungguh aku tak menduga, kasih sayang suamiku terhadap anak angkat kami berlainan coraknya."Salmi, abang cintakan Qaseh, dan Qaseh pun cintakan abang,kami bimbang kami boleh terlanjur, kami kahwin secara sah". Bagaimana harus ku katakan, anak yang ku manja, dan tatang selama ini, merampas suamiku, menghancurkan perasaan ku.Disaat ku mendengar kata-kata suamiku,perasaan bagai disiat-siat sembilu,pedih bagai dihiris pisau belati.Air mata ku jatuh berderai, bagaikan hujan yang mencurah...tak dapat aku berkata apa-apa, lidah ku kelu,bagai dikunci....


"Salmi abang nak jengok Qaseh kat asrama".Itulah ayat yang selalu keluar dari mulut suamiku sekiranya Qaseh berada diasrama pada hujung minggu.Suami ku bagaikan tak senang sekiranya Qaseh tak pulang kerumah pada hujung minggu.Bagi diriku,aku rasakan amat bertuah kerana mempunyai  suami yang mengambil berat perihal anak, walaupun anak itu cuma anak angkat.Aku pula jarang keasrama Qaseh kerana sibuk dengan tugasan seharian ku.Rupa-rupanya dalam diam mereka memadu asmara.Bagi ku sekiranya anak ku Imran yang bercinta dengan Qaseh aku taklah kesah sangat, ini bapaknya.Entahlah.....


Mereka merancang berkahwin dengan teliti, hinggakan aku tak sedari,gurauan mereka membuatkan aku terleka, hingga Qaseh hamil 3 bulan. Ku sangkakan kasih memadu asmara dengan teman lelakinya,rupa-rupanya anakku,maduku....


Sejak saat itu, suamiku jarang pulang kerumah menjengukku. Tinggallah aku sendirian, bila hujung minggu anakku Imran akan datang menjengukku untuk setika cuma.






       

Sunday, June 10, 2012

GADIS DESA

Cantik menawan
Bikin tertawan
Hati mudah cair
Gadis desa dizaman sekarang
Dulu.......
Gadis desa pemalu
Tidak lagi kini
Kalau ada cuma sebilangan saja
Walaupun begitu
Sopannya tetap ada
Hormat menghormati ......
Tatasusila masih dipatuhi........
Cuma zaman dah berubah
Dan merubahkan segalanya....